SELAMAT DATANG TUAN MOHD HIDHAYAT BIN MANSOR KE MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
Majlis Daerah Perak Tengah mengucapkan selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Tuan Mohd Hidhayat bin Mansor, Setiausaha MDPT yang baharu.
Bersempena dengan hari-hari awal beliau bertugas di MDPT, satu sesi lawatan dan kunjungan mesra telah diadakan ke setiap jabatan dan unit bagi membolehkan beliau berkenalan dengan warga kerja serta mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai fungsi, peranan dan operasi yang dilaksanakan oleh setiap jabatan dan unit di MDPT.
Lawatan ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan kakitangan serta memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Seluruh warga MDPT mengalu-alukan kehadiran Tuan Mohd Hidhayat bin Mansor dan mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam memimpin pentadbiran serta membawa MDPT ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.