Kelestarian Alam Sekitar Melalui Pendekatan Black Soldier Fly (BSF) #1 telah dilaksanakan pada 19 Ogos 2026 oleh MDPT bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap pengurusan sisa makanan melalui pendekatan ekonomi kitaran.
Program ini menghimpunkan agensi kerajaan, pihak swasta, institusi pengajian tinggi (IPT), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan komuniti penternak untuk memahami bagaimana sisa makanan boleh diurus dari punca, dikurangkan ke tapak pelupusan dan ditukar kepada sumber yang mempunyai nilai melalui teknologi BSF.
Lebih bermakna, terdapat agensi telah menyatakan komitmen untuk meneruskan inisiatif BSF melalui bimbingan di Pusat Bioremediasi Black Soldier Fly MDPT kelak yang dirangka sesuai dengan modul kendiri. Inisiatif ini bukan sekadar memperkenalkan teknologi, tetapi membina keupayaan masyarakat untuk mengurus sisa secara kendiri daripada sisa yang dianggap beban, kepada sumber yang mampu menjana nilai dan manfaat.
#BLACKSOLDIERFLY
#PBBSFMDPT
#SISAKENILAI
#EKONOMIKITARAN
#PERAKSEJAHTERA2030
#WILAYAHPEMBANGUNANTVET