Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PERHIMPUNAN ANGGOTA MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH BIL. 3/2026

7 September 2026 | Bilik Seminar, Dewan Serbaguna Seri Iskandar
Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) telah mengadakan Perhimpunan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah Bil. 3/2026 yang berlangsung di Bilik Seminar, Dewan Serbaguna Seri Iskandar.
Pada perhimpunan ini, Tuan Setiausaha Majlis Daerah Perak Tengah yang menekankan kepentingan komitmen, kerjasama berpasukan serta peningkatan prestasi dalam melaksanakan tanggungjawab demi memastikan penyampaian perkhidmatan MDPT sentiasa berada pada tahap terbaik.
Dalam perhimpunan ini juga, penghargaan dan ucapan tahniah telah diberikan kepada kakitangan MDPT yang terlibat dalam Pertandingan Keceriaan Bangunan Kerajaan/Swasta sempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun 2026 sehingga berjaya meraih Naib Johan.
Pencapaian ini merupakan hasil daripada usaha, komitmen dan kerjasama semua pihak yang bersama-sama memastikan persekitaran bangunan MDPT sentiasa ceria, bersih dan kondusif.
#MDPT
#PerhimpunanAnggotaMDPT
#MDPT2026
#NaibJohan
#KeceriaanBangunan
#TeamMDPT
#PerakTengah

HB BIL 3

HB BIL 3 1

HB BIL 3 2

HB BIL 3 3

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 08/09/26 • Jumlah Pelawat : 21287051