KURSUS PENGURUSAN ADUAN AWAM MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH
21 Julai 2026 -Majlis Daerah Perak Tengah telah menganjurkan Kursus Pengurusan Aduan SISPAA bagi memperkukuh kecekapan serta meningkatkan kualiti pengurusan aduan pelanggan dalam kalangan warga kerja MDPT.
Kursus ini telah disampaikan oleh Pengarah Biro Pengaduan Awam Negeri Perak, yang berkongsi panduan, amalan terbaik serta penekanan terhadap kepentingan pengurusan aduan yang cekap, berintegriti dan berkesan dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Melalui kursusl ini, para peserta didedahkan dengan prosedur pengendalian aduan yang sistematik, kaedah penyelesaian aduan secara profesional serta kepentingan memberikan maklum balas yang pantas dan berkualiti kepada pelanggan.