Pada 20 Mac 2025 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kampong Gajah telah diadakan sesi perjumpaan dan perbincangan dengan penyewa-penyewa MyKiosk @ KPKT Jalan Anjang Pelita, Kampong Gajah.
Perjumpaan dan perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Perak Tengah. Turut hadir Clr. Nasrun Nasir , serta ketua-ketua jabatan berkaitan.
Pada sesi petang pula, team Unit Sewaan & Jabatan Kejuruteraan telah membuat sesi demostrasi dan penerangan penggunaan MyKiosk kepada penyewa-penyewa di Taman Parit Wira, Parit.
#kpkt
#Mykiosk
#malaysiamadani