Majlis Daerah Perak Tengah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Latifah binti Amran yang telah menamatkan perkhidmatan beliau selepas 34 tahun menabur bakti di Majlis Daerah Perak Tengah.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menunjukkan komitmen, dedikasi dan integriti yang tinggi dalam melaksanakan amanah serta memberikan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan organisasi dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja Majlis Daerah Perak Tengah. Didoakan agar Puan Latifah dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalani fasa persaraan.
Selamat Bersara, Puan Latifah binti Amran.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Jasamu sentiasa dikenang.