PROGRAM GOTONG-ROYONG RPT DESA SERI BAYU BERSAMA AHLI MAJLIS ZON 7 DAN KRT
22 Jun 2026 - Program Gotong-Royong yang telah diadakan di RPT Desa Seri Bayu dengan penglibatan aktif Ahli Majlis Zon 7, Jawatankuasa Rukun Tetangga (KRT) serta penduduk setempat bersama MDPT.
Program ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Perak Tengah. Beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak dalam menjayakan program ini serta menekankan kepentingan penglibatan komuniti dalam menjaga kebersihan dan kesejahteraan kawasan kediaman.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan termasuk kerja-kerja pembersihan kawasan awam, pemangkasan pokok, pengumpulan sampah serta penyelenggaraan kawasan sekitar demi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat dan kondusif untuk semua penduduk.
Semoga semangat gotong-royong dan kerjasama yang ditunjukkan akan terus diperkukuhkan demi kesejahteraan komuniti RPT Desa Seri Bayu.