19 Disember 2024 - Tahniah diucapkan kepada pasukan koir MDPT kerana telah mendapat tempat ke-2 sempena Festival Koir PBT Perak Piala YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan di Hotel Grand Baron Taiping.
Sebanyak 11 pasukan PBT seluruh negeri Perak telah menyertai festival ini. Festival ini telah diadakan dengan gemilangnya dan meriah. Festival ini telah menggegarkan dewan apabila setiap pasukan koir mempamerkan persembahan kreatif dan menarik yang diiringi sorakan penuh semangat daripada penyokong pasukan PBT masing-masing.