Majlis telah berlangsung pada 30 April 2025 (Rabu) jam 8.00 malam bertempat di Hotel Impiana, Ipoh Perak Darul Ridzuan. Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Khairudin bin Abu Hanipah Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Merangkap ADUN Belanja.
Seramai 8 orang penerima APC 2024 dan 10 orang penerima Anugerah Terampil pada tahun 2024. Pentadbiran merakamkan ucapan tahniah di atas penganugerahan tersebut dan berharap agar dapat mengekalkan serta meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan di tahun-tahun yang akan datang demi meningkatkan imej jabatan khasnya dan perkhidmatan awam amnya.