Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN TAPAK RFP PEMBANGUNAN & PENJENAMAAN SEMULA PASIR SALAK ECO-RESORT (PSER)

Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) telah melaksanakan Lawatan Tapak bagi Request for Proposal (RFP) Pembangunan dan Penjenamaan Semula Kompleks Pasir Salak Eco-Resort (PSER) pada hari ini.
Lawatan tapak ini bertujuan memberi peluang kepada pihak yang berminat untuk meninjau sendiri keadaan semasa kompleks, mengenal pasti potensi tapak serta mendapatkan gambaran yang lebih jelas bagi penyediaan cadangan pembangunan dan penjenamaan semula PSER.
Seramai 9 syarikat/individu telah hadir menyertai lawatan tapak ini. Penyertaan tersebut mencerminkan minat terhadap potensi pembangunan semula PSER sebagai salah satu produk pelancongan yang berdaya saing di Daerah Perak Tengah.
Diharapkan usaha pembangunan dan penjenamaan semula ini dapat memberi nafas baharu kepada PSER, meningkatkan daya tarikan pelancongan serta memberi manfaat kepada komuniti dan ekonomi setempat.
#MDPT
#PasirSalakEcoResort
#PSER
#RFP
#PelanconganPerakTengah
#VisitPerak
#TahunMelawatMalaysia2026
#MohKomeKePerakTengah

RR Pasir Salak

RR Pasir Salak 1

RR Pasir Salak 2

RR Pasir Salak 3

RR Pasir Salak 4

RR Pasir Salak 5

RR Pasir Salak 6

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 08/09/26 • Jumlah Pelawat : 21287049