Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

KUNJUNGAN DELIGASI DARIPADA PANEL PENARAFAN BINTANG AUDIT TEKNIKAL (PBAT) KESIHATAN PERSEKITARAN

22 Mei 2025 – Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) telah menerima kunjungan deligasi daripada Panel Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Kesihatan Persekitaran. Lawatan ini bertujuan untuk menilai tahap pematuhan dan kecemerlangan bagi pengurusan kesihatan persekitaran di bawah pentadbiran MDPT.
Delegasi PBAT disambut mesra oleh MDPT yang diketuai oleh Tuan Setiausaha, Tuan Mohd Ainurridha bin Ahmad Majdi serta pegawai daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran & Pelesenan. Antara aspek penilaian PBAT adalah pengurusan kesihatan awam yang memberi fokus kepada inisiatif terkini dalam aspek kebersihan, kawalan vektor, dan kelestarian alam sekitar selaras dengan standard kerajaan.
“Kerjasama erat dengan semua agensi kerajaan, komuniti berhubung penarafan bintang PBAT ini dilihat sangat kukuh dengan komitmen MDPT untuk menyediakan persekitaran sihat untuk warga Perak Tengah.
Audit teknikal ini sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam. Keputusan penarafan dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.
#KESIHATANPERSEKITARAN
#AUDITPBAT2025
#MDPT
#PERAKBEST

KUNJUNGAN PBAT

KUNJUNGAN PBAT 1

KUNJUNGAN PBAT 2

KUNJUNGAN PBAT 3

KUNJUNGAN PBAT 4

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 30/01/26 • Jumlah Pelawat : 21286949