Jabatan Khidmat Pengurusan Dan Penguatkuasaan
Merupakan teras pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah yang bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti di antara jabatan-jabatan daripada segi pentadbiran dan perkhidmatan untuk mencapai objektif Majlis Daerah Perak Tengah
FUNGSI JABATAN
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
-
Menguruskan penilaian pegawai menerusi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Kenaikan Pangkat dan pemangkuan serta urusan penganugerahan.
-
Menguruskan hal tatatertib dan pengisytiharaan harta pegawai.
-
Menguruskan program kualiti, program keutuhan dan integrity dalam meningkatkan kompetensi dan keupayaan pegawai dan organisasi.
-
Menguruskan hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan.
-
Menyelaras dan menguruskan rekod / data perjawatan jabatan termasuk pengkalan data sistem maklumat pengurusan personal berdasarkan pelaksanaan HRMIS oleh JPA
Bahagian Pentadbiran Am
-
Urusetia kepada mesyuarat Majlis dan Pengurusan
-
Menguruskan sistem fail
-
Menguruskan insuran kenderaan, harta benda dan tanggungannya
-
Menguruskan surat menyurat
-
Menguruskan kemudahan dan peralatan kakitangan

