Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PROGRAM HARI CUCI MALAYSIA DAN PENANAMAN POKOK PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH 2026

KAMPONG GAJAH, 26 September 2026 – Program Hari Cuci Malaysia dan Penanaman Pokok Peringkat Daerah Perak Tengah 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan, Kampong Gajah berjaya menghimpunkan lebih 500 orang peserta secara keseluruhan melibatkan komuniti, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi (IPT), peniaga, penjaja dan masyarakat setempat yang turut melibatkan di 3 lokasi lain di Daerah Perak Tengah iaitu di Seri Iskandar, Bota/Titi Gantung dan Parit melalui komuniti setempat.
Di lokasi utama, program mencatatkan 391 orang kehadiran, manakala penyertaan turut digerakkan secara serentak di Komuniti Masjid Bandar Universiti, Pekan Parit serta komuniti di Bota/Titi Gantung, dengan anggaran tambahan sekitar 250 orang.
Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Khairul Azwan bin Harun, Pegawai Khas Menteri Besar DUN Kampong Gajah, dan turut dihadiri Datuk Wira Ramelle Ashram bin Tun Ramli, Tuan Yang Dipertua MDPT, Tuan Setiausaha, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kampong Gajah, Ahli Majlis serta wakil IPT, sekolah dan komuniti.
Dari aspek pengurusan sisa, sebanyak 8 tan sisa pukal berjaya dikumpulkan. Selain itu, sebanyak 560.20 kg barangan kitar semula yang terdiri daripada kotak, kertas, plastik, tin dan besi serta 129.00 kg sisa elektrik dan elektronik (e-Waste) berjaya dikumpulkan untuk tujuan pemulihan dan kitar semula.
Turut direkodkan sebanyak 892.50 kg minyak masak terpakai hasil kutipan sempena HCM 2026 di Kampong Gajah serta penglibatan komuniti Masjid Bandar Universiti. Berdasarkan harga belian RM3.20 sekilogram, kutipan tersebut menjana nilai sebanyak RM2,856.00.
Selain aktiviti pembersihan dan pengumpulan sisa, program turut diserikan dengan aktiviti penanaman pokok sebagai usaha menghijaukan kawasan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kelestarian alam sekitar.
Program ini turut menjadi platform kepada MDPT untuk mempromosikan Projek Bioremediasi Black Soldier Fly (BSF) sebagai pendekatan hiliran dalam pengurusan sisa makanan dan usaha menukar sisa kepada sumber yang mempunyai nilai. Pendekatan ini melengkapkan rantaian pengurusan sisa daripada pengasingan, pengumpulan, kitar semula, pemulihan sehingga penjanaan nilai.
Secara keseluruhannya, program berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesedaran dan penyertaan masyarakat terhadap pengurusan sisa secara bertanggungjawab, memperkukuh amalan kitar semula dan ekonomi kitaran serta menggalakkan penglibatan komuniti secara berterusan. Penganjuran secara serentak di beberapa lokasi daerah turut memperlihatkan bahawa amalan mengurus sisa dan menjaga kebersihan bukan sekadar aktiviti sehari, sebaliknya perlu menjadi budaya dan tanggungjawab bersama ke arah Perak Tengah yang bersih, sihat dan lestari.

Cuci 2

Cuci 21

Cuci 22

Cuci 23

Cuci 24

Cuci 25

Cuci 26

Cuci 27

Cuci 28

Cuci 29

Cuci 210

Cuci 211

Cuci 212

Cuci 213

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 29/09/26 • Jumlah Pelawat : 21287174