Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

PELUNCURAN OPERASI (OPS) RAMADAN NEGERI PERAK TAHUN 2025

6 Mac 2025 - Jabatan Kesihatan Negeri Perak dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengadakan Operasi (OPS) Keselamatan Makanan sempena bulan Ramadan diseluruh Negeri Perak sebagai acara tahunan.
Peluncuran Operasi (OPS) Ramadan Negeri Perak bagi tahun 2025 telah dirasmikan oleh YB Tuan Sivanesan A/L Achalingam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Sumber Manusia , Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India. Majlis Peluncuran tersebut berlangsung di Bazar Ramadan, Seri Iskandar Bussines Centre (SIBC) Seri Iskandar. Hadir bersama menjayakan majlis ini Dr. Feisul Idzwan Bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak Darul Ridzuan , Tuan Mohd Zaki Bin Abdul Rahman , Pegawai Daerah Perak Tengah, Pn. Zairina Binti Noordin , Yang Dipertua Majlis Daerah Perak Tengah. Turut hadir Cik Afiedah Binti Munir @ Muhammad, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri, Dr. Husna Maizura Binti Ahmad Mahir, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dsp Aizuddin Bin Jamaludin , Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah dan Dr Hasmaizal Bin Hassim,Pegawai Kesihatan Daerah Perak Tengah.
Operasi ini bertujuan untuk memperkasa amalan baik dan pengetahuan pengusaha makanan di bazar Ramadan di seluruh Negeri Perak agar sentiasa mematuhi elemen kebersihan dan keselamatan makanan serta menjual makanan yang bersih dan selamat kepada orang awam.

OPS Kesihatan

Ops Ramadan

Ops Ramadan 1

Ops Ramadan 2

Ops Ramadan 3

Ops Ramadan 4

Ops Ramadan 5

Ops Ramadan 6

Ops Ramadan 7

Ops Ramadan 8

Ops Ramadan 9

Ops Ramadan 10

Ops Ramadan 11

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 24/06/25 • Jumlah Pelawat : 21286991