23 SEPTEMBER 2026 -Operasi Pematuhan Pelesenan Penjaja telah dijalankan di Pasar Malam Iskandar Prima bagi memeriksa pematuhan pelesenan.
Hasil pemeriksaan dan operasi 9 notis telah dikeluarkan atas kesalahan lesen tamat tempoh dan 3 notis kompaun berniaga tanpa lesen yang sah.
Pihak Majlis menyeru semua penjaja supaya sentiasa mematuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan terutama memastikan lesen perniagaan yang telah tamat tempoh diperbaharui mengikut tempoh masa yang diluluskan oleh Majlis. Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di semua lokasi di kawasan operasi MDPT agar pematuhan pelesenan oleh penjaja diambil perhatian yang serius.