15 Januari 2025 - Mesyuarat Agong Kelab Kebajikan Sosial dan Rekreasi (KKSDR) MDPT telah diadakan di Bilik Seminar Dewan Serbaguna Seri Iskandar. Mesyuarat ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Encik Mohd Ainurridha bin Ahmad Majdi selaku Pengerusi Kelab KKSDR.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Puan YDP MDPT, Puan Zairina binti Noordin merangkap penasihat kelab KKSDR. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2023-2024 kerana telah melaksanakan tugas dengan cemerlang. Tahniah juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa yang baharu dilantik bagi sesi 2025-2026. Semoga barisan jawatankuasa bagi sesi 2025-2026 ini dapat meneruskan kecemerlangan dan meneraju kelab dengan lebih baik.