14 Mac 2025 (Jumaat) – Majlis Penyerahan Tong Kitar Semula kepada sekolah rendah dan menengah di daerah Perak Tengah telah diadakan di Bilik Seminar, Dewan Serbaguna Seri Iskandar.
Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Khairudin bin Haji Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak.
Sebanyak 31 buah sekolah telah dipilih untuk menerima pengagihan tong sampah kitar semula ini, dengan wakil dari setiap sekolah termasuk Pengetua, Guru Besar, dan PK Hem hadir untuk menerima tong sampah tersebut.
Selain daripada meningkatkan kesedaran mengenai pengurusan sisa sampah dan kitar semula, Program E-Waste ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai pengurusan sisa dari peringkat awal, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Program ini diharapkan dapat mendidik generasi muda tentang pentingnya amalan kitar semula, serta menggalakkan mereka untuk mengambil peranan dalam menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar di peringkat yang lebih awal.