MAJLIS JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG
Majlis Daerah Perak Tengah telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung bagi meraikan mantan Setiausaha MDPT, Encik Mohd Ainurridha bin Ahmad Majdi, yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan peminjaman beliau setelah berkhidmat selama lima tahun di MDPT pada 12 Jun 2026 yang lalu.
Majlis yang berlangsung di Royal Perak Golf Club, Ipoh ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta sumbangan beliau sepanjang menerajui pentadbiran dan pembangunan organisasi MDPT.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, Encik Mohd Ainurridha telah menunjukkan dedikasi, kepimpinan dan profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.
Pelbagai pencapaian dan kejayaan yang diraih oleh MDPT turut menjadi bukti komitmen beliau dalam memacu kecemerlangan organisasi.
Seluruh warga kerja MDPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan. Semoga segala jasa dan pengorbanan yang diberikan akan terus dikenang serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga MDPT.
Selamat maju jaya dalam meneruskan kerjaya dan amanah baharu. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, kejayaan yang berterusan serta kecemerlangan dalam setiap langkah yang diambil.
"Jasamu dikenang, budimu disanjung."