Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) telah melaksanakan Lawatan Tapak bagi Request for Proposal (RFP) Pembangunan dan Penjenamaan Semula Kompleks Pasir Salak Eco-Resort (PSER) pada hari ini.
Lawatan tapak ini bertujuan memberi peluang kepada pihak yang berminat untuk meninjau sendiri keadaan semasa kompleks, mengenal pasti potensi tapak serta mendapatkan gambaran yang lebih jelas bagi penyediaan cadangan pembangunan dan penjenamaan semula PSER.
Seramai 9 syarikat/individu telah hadir menyertai lawatan tapak ini. Penyertaan tersebut mencerminkan minat terhadap potensi pembangunan semula PSER sebagai salah satu produk pelancongan yang berdaya saing di Daerah Perak Tengah.
Diharapkan usaha pembangunan dan penjenamaan semula ini dapat memberi nafas baharu kepada PSER, meningkatkan daya tarikan pelancongan serta memberi manfaat kepada komuniti dan ekonomi setempat.
#MDPT
#PasirSalakEcoResort
#PSER
#RFP
#PelanconganPerakTengah
#VisitPerak
#TahunMelawatMalaysia2026
#MohKomeKePerakTengah