Sisa makanan bukan lagi pengakhiran, tetapi permulaan kepada sumber baru yang bernilai.
Seramai 30 pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Perak dan wakil setiap daerah hadir ke Pusat Bioremediasi Black Soldier Fly (PBBSF), Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) pada 8 Julai 2026 bagi mengikuti sesi pendedahan dan pembelajaran berkaitan pelaksanaan teknologi Black Soldier Fly (BSF).
Lawatan kali kedua JPV Negeri Perak ini memberi peluang kepada peserta memahami secara langsung pengoperasian PBBSF sebagai model pengurusan sisa makanan berasaskan biokonversi, sekali gus membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan pemindahan teknologi sebelum pelaksanaan di peringkat jabatan masing-masing.
MDPT percaya jalinan kerjasama yang semakin erat bersama JPV Negeri Perak mampu memperluaskan aplikasi teknologi BSF sebagai salah satu penyelesaian inovatif dalam pengurusan sisa makanan, pembangunan sektor penternakan dan pelaksanaan ekonomi kitaran di Negeri Perak.