Jabatan Khidmat Pengurusan Dan Penguatkuasaan

Merupakan teras pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah yang bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti di antara jabatan-jabatan daripada segi pentadbiran dan perkhidmatan untuk mencapai objektif Majlis Daerah Perak Tengah

FUNGSI JABATAN

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

  • Menguruskan penilaian pegawai menerusi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Kenaikan Pangkat dan pemangkuan serta urusan penganugerahan.

  • Menguruskan hal tatatertib dan pengisytiharaan harta pegawai.
  • Menguruskan program kualiti, program keutuhan dan integrity dalam meningkatkan kompetensi dan keupayaan pegawai dan organisasi.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan.
  • Menyelaras dan menguruskan rekod / data perjawatan jabatan termasuk pengkalan data sistem maklumat pengurusan personal berdasarkan pelaksanaan HRMIS oleh JPA

Bahagian Pentadbiran Am

  • Urusetia kepada mesyuarat Majlis dan Pengurusan
  • Menguruskan sistem fail
  • Menguruskan insuran kenderaan, harta benda dan tanggungannya
  • Menguruskan surat menyurat
  • Menguruskan kemudahan dan peralatan kakitangan