Bahasa Melayu | English

Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

Header Image
   
 LOGIN
 NAVIGASI
 KALENDAR

09 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini

Cukai Taksiran

1. Apakah itu cukai taksiran ?
Cukai dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti; a) Bangunan kediaman, perniagaan, perusahaan dan tanah kosong yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Perak Tengah. b) Bangunan-bangunan milik kerajaan dan Badan Berkanun juga dikenakan cukai tetapi ia disebut Carum Membantu Kadar.
 

2. Bagaimana cukai taksiran dikenakan?
Ia dilakukan melalui proses nilaian berpandukan nilai tahunan dan kadar peratus yang diwartakan. Nilai Tahunan ertinya anggaran kasar sewa tahunan yang munasabah dijangka akan diperolehi dari setahun ke setahun dari pegangan yang berkenaan jika disewakan.
 

3. Bilakah bil-bil dihantar?
Bil Cukai Taksiran dihantar kepada pemilik selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan Januari untuk setengah tahun pertama dan juga selewat-lewatnya minggu kedua bulan Julai untuk setengah tahun kedua. Jika bil-bil tersebut tidak diterima di dalam bulan tersebut maka pemilik bolehlah datang sendiri ke Jabatan Penilaian, Majlis Daerah Perak Tengah. Pemilik yang tidak menerima bil terbaru dikehendaki membawa bil lama untuk semakan nombor Akaun dan alamat harta.
 

4. Berapakah tempoh pembayaran Cukai Taksiran Am?
Cukai Taksiran boleh dibayar dua kali setahun iaitu pada atau sebelum 28 Februari bagi setengah tahun pertama dan pada atau sebelum 31 Ogos bagi setengah tahun kedua. Sekiranya pemilik ingin membayar cukai setahun mereka bolehlah membayar sebelum 28 Februari bagi tahun berkenaan.
 

5. Apakah tindakan-tindakan yang akan dikenakan jika cukai tidak dijelaskan?
Notis E akan dikeluarkan. iaitu mengarahkan pemilik membayar tunggakan bersama denda dalam tempoh 15 hari dari tarikh pengeluaran notis. Jika masih gagal menjelaskan selepas notis tamat maka Notis F (waran) akan dikeluarkan. Maksud waran ini ialah menahan harta alih/barang-barang yang terdapat dalam pegangan tersebut atau menutupnya daripada menjalankan operasi atau pegangan yang tidak mempunyai harta alih. Selepas tamat tempoh penahanan harta alih tersebut Majlis boleh melelong harta yang ditahan.
 

6. Bagaimana jika saya adalah seorang penyewa?
Penyewa boleh mengemukakan bil cukai / Notis kepada pemunya atau pemilik bangunan. Jika pemunya atau pemilik gagal menjelaskannya, maka harta penyewa yang terdapat dalam pegangan tersebut akan ditahan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku maka penyewa bolehlah membayar sewa bangunan tersebut kepada Majlis Daerah Perak Tengah sehingga tunggakan selesai.
 

7. Apakah perkara yang perlu diambilkira sebelum membeli rumah atau tanah?
Telah ramai yang terkena, apabila membeli rumah atau tanah di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah) dimana mereka tidak meyemak terlebih dahulu di Majlis Daerah samada bangunan atau tanah tersebut mempunyai tunggakan cukai taksiran atau pihak peguam tidak meneliti perkara ini menyebabkan pembeli menanggung hutang cukai pemilik lama. Dengan itu, sebelum menandatangani perjanjian membeli rumah atau tanah, pastikan harta tersebut tidak mempunyai tunggakan Cukai Taksiran dengan menyemak di pejabat Majlis. Sekiranya pindah milik harta tersebut telah dibuat, pastikan pihak peguam yang menguruskan pindah milik tersebut menguruskan juga Notis Pindahmilik di pejabat Majlis. Sekiranya tidak, maka ia adalah menjadi tanggungjawab pembeli dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh pindahmilik. Kegagalan memberi Notis Pindahmilik dalam tempoh tersebut, Majlis akan boleh mengenakan kompaun sehingga RM2,000.00.
 

8. Bagaimanakah proses untuk Pelepas Cukai bagi bangunan kosong (tiada penyewa)?
Ianya boleh dilepaskan dengan memenuhi beberapa syarat dan cukai hendaklah dijelaskan terlebih dahulu. Pemilik juga dikehendaki memberi tahu Majlis tujuh (7) hari selepas dari tarikh kekosongan tersebut secara bersurat.
 

9. Sekiranya saya ingin melakukan pindaan/penambahan ke atas bangunan/hartanah apakah yang perlu saya lakukan?
Pemilik hendaklah memberitahu kepada Majlis sekiranya terdapat pindaan/penambahan ke atas bangunan seperti berikut;

  1. bangunan dibina tambahan.
  2. bangunan baru dibina.
  3. bangunan runtuh.
  4. bangunan terbakar.
  5. bangunan diubah ke tempat lain.
  6. bangunan telah dijual atau dipindahmilik. Kegagalan memberitahu kepada Majlis akan membebankan kepada pemilik dari segi bayaran cukai taksiran yang dikenakan.
     

10. Apakah tindakan yang perlu dilakukan sekiranya tunggakan tidak mampu dijelaskan?
Jika pemunya tidak mampu menjelaskan tunggakan cukai sekaligus, sila buat rayuan ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi menyelesaikan masalah dan apa jua masalah yang dihadapi berhubung dengan Cukai Taksiran.
 

11. Apakah tindakan yang dikenakan ke atas setiap kesalahan yang dilakukan oleh pembayar cukai?
Kesalahan-kesalahan pembayar cukai sekiranya disabitkan, dikenakan denda tidak lebih RM2,000.00 atau penjara enam (6) bulan atau kedua-duanya sekali. Dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), tindakan dikenakan atas kesalahan-kesalahan berikut:

  1. Mengikut seksyen 140 adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang enggan atau tidak memberi penyata atau maklumat itu dalam tempoh dua minggu dari tarikh diterima notis menghendakinya berbuat demikian atau dengan diketahuinya membuat sesuatu penyata palsu atau memberi maklumat palsu atau tidak betul atau merintangi, menghalang atau menahan pihak berkuasa tempatan atau seseorang yang dilantik olehnya daripada memasuki, memeriksa atau mengukur mana-mana pegangan itu.
  2. Mengikut seksyen 160 adalah menjadi satu kesalahan atau memberitahu Majlis bahawa hartanya telah dipindah milik maka kewajipan penjual atau dipindah milik maka kewajipan penjual/pemindah milik dalam tempoh 3 bulan memberi notis dalam Borang 1 atau sekiranya pemunya pegangan (harta) meninggal dunia maka menjadi kewajipan waris memberi notis mengenainya kepada Majlis dalam tempoh 1 tahun selepas kematian.
  3.  Mengikut seksyen 161 juga menjadi satu kesalahan sekiranya tidak memberi notis (surat) kepada Majlis sekiranya bangunan dibina semula telah siap/diduduki, bangunan dibina baru telah siap dibesarkan, diubah, dibaiki, diperbaharui atau jika bangunan atau sebahagian bangunan telah runtuh atau sesuatu tanah telah diubah syarat/dipecah sempadan.
     

Halaman: 1  2  3