| Rumah Rehat Cempaka Sari, Parit Rumah Rehat ini menyediakan kemudahan penginapan kepada pelancong yang mengunjungi Bandar Parit, Bota dan Kampung Gajah yang terkenal sebagai pusat pelancongan yang menarik. Ia terletak kira-kira 17km dari Bandar Seri Iskandar, 36km dari Bandaraya Ipoh dan 45km dari Lumut. Kadar sewa bagi sebuah bilik untuk satu malam adalah RM70.00. Antara kelengkapan yang disediakan untuk penyewa bilik termasuklah:- - Katil/Tilam/Selimut
- Bilik Berhawa Dingin
- Televisyen/Peti Sejuk/Pemanas Air
- Tuala/Sabun/Shampu
Gambar-gambar Bilik Penginapan adalah seperti berikut:- |
Rumah Rehat ini juga menyediakan Bilik Mesyuarat untuk disewa. Kadar Sewaan Bilik Mesyuarat adalah RM300.00 iaitu sewaan bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Antara kemudahan yang disediakan untuk Bilik Mesyuarat ini adalah :-
- Kerusi/Meja
- PA Sistem
- LCD Projector/Whiteboard
- Sofa
- Berhawa DIngin
Gambar-gambar Bilik Mesyuarat adalah seperti berikut :-
Pelbagai program dan kursus amat sesuai dijalankan di Rumah Rehat ini memandangkan persekitarannya yang dilengkapi dengan Kemudahan Rekreasi dan ia terletak di tebing Sungai Perak. Untuk melihat panorama sekitar Rumah Rehat Cempaksari, sila klik DISINI.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi:-
Pengurus Rumah Rehat,
05-3773213