Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,

 

      Terima kasih kerana mengunjungi Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT). Sebagai Yang Dipertua MDPT, saya amat berbesar hati mengalu-alukan kunjungan anda sekalian ke portal rasmi MDPT. Sesungguhnya kesudian anda melayari portal ini amat bermakna bagi kami dan saya berharap segala maklumat yang disajikan dapat memenuhi keperluan dan kehendak semua. Adalah diharapkan melalui portal ini, orang ramai akan lebih dekat dan mesra dengan MDPT.

      MDPT sentiasa memikirkan strategi dan inisiatif untuk mendekatkan orang awam dengan MDPT. Segala usaha yang berkaitan akan cuba diimplementasi agar suara anda di dengar terus ke peringkat pengurusan. Berikan sokongan anda kepada MDPT dengan mengemukakan sebarang cadangan, aduan, penambahbaikan melalui pelbagai saluran yang telah disediakan.

      Selain itu, sejajar dengan kepesatan teknologi masa kini, MDPT juga menyediakan perkhidmatan mySMS sebagai satu lagi usaha untuk mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan. Melalui satu nombor tunggal iaitu 15888, orang ramai boleh mendapatkan informasi mengenai cukai taksiran, lesen dan sewaan di samping dapat mengemukakan aduan melalui SMS dengan mudah dan ringkas.

      Akhir kata, saya mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan kami bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan yang positif daripada orang ramai demi untuk mempastikan daerah Perak Tengah yang kita sayangi ini akan sentiasa sejahtera, harmonis, aman damai dan terus meningkat maju.

 

Sekian, terima kasih.

 

Ikhlas daripada,
Tuan Haji Mohd Roslan Bin Mat Lodin, A.M.N., P.J.K.
Yang Dipertua
Majlis Daerah Perak Tengah


Hubungi Kami

Majlis Daerah Perak Tengah
Daerah Perak Tengah
Kompleks MDPT,
32610 Seri Iskandar, Perak
Tel:05-3712088 /05-3712014 Faks:05-3712089
Emel : admin@mdpt.gov. my