2014 2013 2011 2010

 

Tahun 2014

Festival Keusahawanan Seri Iskandar 2014

Pada 31 Oktober 2015 hingga 2 November 2015, telah diadakan Festival Keusahawanan Seri Iskandar 2014 bertempat di hadapan Dataran D'Mall, Seri Iskandar. Program tersebut adalah anjuran Kolej Profesional Mara Seri Iskandar dengan mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Perak Tengah dan beberapa agensi lain. Pelbagai Jenis Gerai Jualan dan Aktiviti Menarik Khas telah disediakan untuk para pengunjung. Antara aktiviti yang mendapat sambutan adalah Program Forum Perdana dengan panelnya adalah Ustaz Kazim Elias. Selain itu aktiviti lain yang turut diadakan adalah Pertunjukan BMX dan Super Moto, Persembahan Selebriti, Pertandingan Street Soccer, Pertandingn Fesyen Muslimah dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang telah hadir dan semoga karnival seumpama ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang.


Program Perhimpunan Pagi Bulan Ogos

Pada 28 Ogos 2014, telah diadakan Perhimpunan Bulanan untuk kakitangan Majlis Daerah Perak Tengah. Dalam perhimpunan tersebut buat pertama kalinya kakitangan MDPT dipertemukan secara rasmi dengan Tuan Yang Dipertua yang baru iaitu Tuan Haji Mad Dan Bin Hassan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan nayian 3 buah lagi oleh kakitangan MDPT. Majlis diteruskan dengan ucapan yang disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua. Dalam ucaptamanya Tuan Yang Dipertua menyeru supaya semua kakitangan bekerja seihklas hati dengan mewujudkan persekitaran yang selesa dan seronok untuk hadir bekerja. Beliau juga menyeru agar kakitangan MDPT melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaik mungkin agar pendapatan yang diperoleh mendapat keberkatan daripadaNya. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada ketua pasukan yang telah menyertai Sukan Petanda yang lalu. Majlis berakhir pada jam 8.45 pagi.


Majlis Persaraan Tuan Yang Dipertua MDPT

Satu majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Perak Tengah, Tuan Haji Mohd Roslan Bin Mat Lodin telah diadakan pada 26 Ogos 2014 di D' Hotel Seri Iskandar. Dalam majlis tersebut, Setiausaha Majlis Daerah Perak Tengah, En. Helmi Bin Yusof telah menyampaikan ucapan aluan dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh Tuan Yang Dipertua sepanjang beliau berkhidmat di Majlis Daerah Perak Tengah. Seterusnya Tuan Yang Dipertua telah mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan dan beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh kakitangan Majlis Daerah Perak Tengah, Ahli Majlis serta pihak-pihak yang telah sama-sama memberikan kerjasama dan sumbangan kerja sepanjang beliau berkhidmat di Majlis Daerah Perak Tengah. Beliau juga berharap agar Majlis Daerah Perak Tengah akan terus berkembang dan maju di masa hadapan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada Tuan Yang Dipertua dan diikuti dengan acara memotong kek. Hadirin seterusnya disajikan dengan tayangan multimedia mengimbau kenangan yang menampilkan foto-foto Tuan Yang Dipertua. Seterusnya semua hadirin dihidangkan dengan pelbagai juadah yang istimewa oleh pihak D'Hotel. Majlis berakhir kira-kira jam 5.30 petang.


MDPT sempena Hari Perkabungan Malaysia

Pada 22 Ogos 2014, Kakitangan MDPT turut berkabung sempena Hari Perkabungan Negara di Malaysia hari ini. Kira-kira jam 10.30 pagi kakitangan MDPT berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa. Upacara pengibaran bendera separuh tiang telah dilaksanakan dan seterusnya bacaan doa dan surah Alfatihah dibacakan kepada semua mangsa pesawat. Semua kakitangan turut bertafakur seminit bagi memperingati mangsa-mangsa penumpang dan anak kapal pesawat, Penerbangan Malaysia MH17. Didoakan agar roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


Lawatan Panel Hakim Anugerah Inovasi PBT 2014

Pada 11 Ogos 2014, Majlis Daerah Perak Tengah telah menerima kunjungan dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bersempena lawatan bagi Program Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan. Ahli rombongan diketuai oleh Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Encik Emy Sazri Bin Mohd Isa dan turut disertai oleh panel hakim dari pelbagai jabatan yang telah dilantik untuk menilai produk inovasi yang dihasilkan. Dalam pertandingan inovasi pada tahun ini, MDPT telah mengetengahkan dua produk untuk dipertandingkan iaitu 'Smart Trolley' dan 'Poly-KIS'. Walaubagaimanapun hanya 'Smart Trolley' telah terpilih untuk dinilai ke peringkat seterusnya dan pembentangan ringkas berkenaan produk tersebut telah diadakan. Seterusnya sesi soal jawab telah diadakan dan panel hakim turut menyemak semua dokumen yang berkaitan. Selesai program panel hakim dan kakitangan dijamu dengan hidangan minum petang di perkarangan pejabat Majlis Daerah Perak Tengah.


Majlis Tazkirah Ramadhan

Pada 30 Jun 2014 bersamaan 2 Ramadhan 1435, satu majlis tazkirah Ramadhan telah diadakan di Surau Pejabat MDPT. Al Fadhil Ust. Badrul Husaini bin Baharudin, Imam 1 Masjid Daerah Seri Iskandar telah dijemput untuk menyampaikan tazkirah. Antara intipati tazkirah adalah beliau menyeru semua hadirin untuk mempertingkatkan ibadah sepanjang bulan Ramadhan dan beliau juga menasihatkan agar umat islam terutama kaum muslimin agar hadir ke masjid dan mengimarahkan program-program yang dianjurkan di masjid. Program tazkirah ini merupakan program berkala yang diadakan pada setiap minggu. Semoga dengan apa yg telah disampaikan oleh penceramah di ambil sebagi panduan untuk mendekatkan diri kepada Allah.


Majlis Pelancaran Program EKSA 5S dan Sambutan Hari Lahir Kakitangan

Pada 16 Mei 2014 (Jumaat) telah diadakan perhimpunan pagi untuk Kakitangan Majlis Daerah Perak Tengah. Dalam program tersebut turut diadakan Maljis Pelancaran Program EKSA 5S dan juga Majlis Sambutan Hari Lahir bagi kakitangan yang menyambut harijadi bagi bulan Januari hingga April. Tuan Yang Dipertua telah menyempurnakan majlis perasmian pelancaran program 5S dengan disaksikan oleh kakitangan MDPT. Dengan perasmian pelancaran tersebut, membuktikan MDPT komited untuk meneruskan pelaksanaan amalan persekitaran 5S di bangunan pejabat baru, seterusnya memperoleh persijilan 5S yang bakal ditauliahkan oleh pihak MAMPU.


Halaman: 1  2  


Hubungi Kami

Majlis Daerah Perak Tengah
Kompleks MDPT,
32610 Seri Iskandar, Perak
Tel:05-3712088 /05-3712014 Faks:05-3712089
Emel : admin@mdpt.gov. my