MENU
PELESENAN

1. BAGAIMANAKAH KAEDAH MEMOHON LESEN PERNIAGAAN?

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di Kaunter Pelesenan MDPT atau muat turun borang tersebut di laman web MDPT di www.mdpt.gov.my. Pemohon dikehendaki menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di dalam borang bersama-sama dokumen lain semasa mengemukakan permohonan. Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Kaunter Pelesenan bersama bayaran proses.

2. BAGAIMANAKAH KAEDAH PERMOHONAN LESEN PENJAJA?

Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di Kaunter Pelesenan MDPT atau muat turun borang tersebut di laman web MDPT di www.mdpt.gov.my. Pemohon akan diberi penerangan mengenai syarat-syarat dan garis panduan permohonan lesen penjaja MDPT sebelum mengemukakan borang permohonan lesen.