MENU

JABATAN KEJURUTERAAN

 

1. BERAPA BILANGAN PELAN YANG PERLU DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPROSES/MENYEMAK PERMOHONAN PELAN KERJA TANAH ATAU INFRASTRUKTUR?

  • Satu set pelan jenis linen dann 4 set salinan jenis kertas.

 

2. BERAPA LAMAKAH TEMPOH SAH LAKU BAGI PELAN KERJA TANAH ATAU INFRASTRUKTUR YANG TELAH DILULUSKAN?

  • Tempoh sah laku adalah 1 tahun dari tarikh surat kelulusan diberi.

 

3. APAKAH PERBEZAAN LAMPU YANG DISELENGGARA OLEH MAJLIS DAN TNB ( TENAGA NASIONAL BERHAD)?

  • Jalan-jalan yang diselenggara oleh Majlis ialah tiang jenis besi/galvanised manakala tiang batu/konkrit diselenggara oleh TNB kecuali tiang lampu konkrit tersebut terletak didalam kawasan padang permainan. Bagi Jalan-jalan utama, tiang besi/galvanised diselenggara oleh pihak JKR (Jabatan Kerja Raya).

 

4. BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK MEMBAIKI KEROSAKAN LAMPU JALAN?

  • Bergantung kepada jenis kerosakan lampu jalan tersebut. Sekiranya kerosakan yang kecil seperti kerosakan fius atau mcb `tripped', kerosakan dibaiki dengan serta merta tetapi sekiranya kerosakan mengakibatkan lanterna dan kabel, beberapa peraturan perlu di ikuti dan mengambil masa untuk membaikinya, selalunya ia mengambil masa 2 minggu.

 

5. BAGI KEROSAKAN LAMPU DI TIANG KONKRIT, DIMANA ADUAN PERLU DIBUAT?

  • Aduan boleh dibuat kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad) ditalian nombor 15454.

 

6. BAGI PERMOHONAN PENAMBAHAN LAMPU JALAN DIMANA PERMOHONAN PERLU DIBUAT DAN BERAPA LAMA MASA DIAMBIL UNTUK DIPROSES?

  • Bagi penambahan lampu jalan, permohonan perlu dibuat kepada MDPT. Satu siasatan akan dilakukan tentang keperluan penambahan lampu jalan dan beberapa peraturan perlu dipatuhi sebelum pemasangan dilakukan kerana ia melibatkan elemen kewangan yang agak besar.