MENU

PELESENAN

1. BAGAIMANAKAH KAEDAH MEMOHON LESEN PERNIAGAAN?

  • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di Kaunter Pelesenan MDPT atau muat turun borang tersebut di laman web MDPT di www.mdpt.gov.my.
  • Pemohon dikehendaki menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di dalam borang bersama-sama dokumen lain semasa mengemukakan permohonan.
  • Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Kaunter Pelesenan bersama bayaran proses dan slip pengesahan penerimaan permohonan lesen akan dikeluarkan sebagai rujukan.

2. BAGAIMANAKAH KAEDAH PERMOHONAN LESEN PENJAJA?

  • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di Kaunter Pelesenan MDPT atau muat turun borang tersebut di laman web MDPT di www.mdpt.gov.my.
  • Pemohon akan diberi penerangan mengenai syarat-syarat dan garis panduan permohonan lesen penjaja MDPT sebelum mengemukakan borang permohonan lesen.
  • Permohonan yang menepati kehendak dan garis panduan MDPT akan diterima setelah menjelaskan bayaran proses.

3. APAKAH SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI SEBELUM SESUATU PAPAN IKLAN ITU BOLEH DIPASANG?

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah

  • Mendapat lesen daripada MDPT terlebih dahulu.
  • Papan iklan mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia.
  • Iklan yang dipasang mestilah tidak mendatangkan masalah kepada orang awam dan dijamin keselamatannya.

 

PEMBERSIHAN

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SAMPAH PUKAL DAN BAGAIMANA ORANG AWAM HENDAK MELUPUSKAN SAMPAH ITU?

  • Sampah pukal adalah sampah bukan domestik yang terdiri daripada sampah kebun, longgokkan sampah sarap, kayu-kayu, dahan, ranting, daun, rumput, kotak-kotak atau perabut lama. Perkhidmatan pemungutan sampah pukal diberi oleh kontraktor MDPT sebulan sekali mengikut jadual pembersihan kawasan. Walaubagaimanapun, sampah besar seperti perabut-perabut lama yang telah rosak boleh dimasukkan ke dalam tong RORO.

 

2. DI MANAKAH MAKLUMAT MENGENAI JADUAL PEMBERSIHAN KAWASAN BOLEH DIDAPATI?

  • Maklumat mengenai jadual pembersihan kawasan boleh dilihat di Papan Kenyataan yang diletakkan di setiap taman dalam kawasan pentadbiran MDPT.