-
Pusat ini terletak di Kampung Bota Kanan dalam daerah Perak Tengah, 50km dari barat daya Ipoh.
-
Ianya terletak berhampiran dengan tebing sebelah kanan Sungai Perak, meliputi kawasan berpasir dengan keluasan lebih satu hektar.
-
Pusat ternakan tuntung ini diwujudkan bagi mengatasi masalah kepupusan binatang berkenaan di samping bertindak untuk memulihara ekosistem tuntung.
-
Kompleks berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan dalam usaha memelihara spesies berkenaan seperti kolam pemeliharaan ibu tuntung, pusat penetasan serta bilik pameran.
-
Pusat ini terdiri daripada sebuah bangunan pentadbiran yang mempunyai pejabat, bilik kuliah, makmal dan ruang legar untuk pameran.
-
Terdapat juga 4 buah kolam ibu, sebuah kolam anak dan tapak penetasan di sekitar kawasan pusat ini untuk menempatkan tuntung dewasa bertelur, anak-anak tuntung yang baru menetas dan untuk proses pengeraman telur-telur tuntung.
-
Selain berupaya menjadi aset pelancongan popular, kompleks berkenaan penting terutama bagi generasi muda mengenali dan menjalankan kajian mengenai tuntung.