MENU

PEMAKLUMAN LANJUTAN TEMPOH PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN UNTUK PENGGAL PERTAMA SEHINGGA 30 APRIL 2021

Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) telah melanjutkan tempoh pembayaran Cukai Taksiran bagi Penggal Pertama tahun 2021 sehingga 30 April 2021. Ini bermakna penyertaan untuk memenangi hadiah cabutan bertuah juga secara tidak langsung dilanjutkan.

MDPT sudah tidak mencetak dan mengedarkan bil Cukai Taksiran kepada pemilik-pemilik pegangan lagi. Sebaliknya anda boleh menyemak bil Cukai Taksiran dan membuat pembayaran melalui saluran berikut :

a) MDPTPay di pautan http://www.ebiling.mdpt.gov.my/digitalPBT/Home

b) Portal PBTPay di pautan http://pbtpay.kpkt.gov.my

c) Pembayaran secara perbankan internet (online banking) (maybank2u/bankislam/bankrakyat/posonline)

d) jomPAY (Biller Code : 98897) pembayaran untuk Cukai Taksiran

MDPT maklum akan kesukaran orang awam terutama warga emas bagi mengadaptasi sistem pembayaran dalam talian namun orang awam boleh mempelajari cara-cara penggunaan pembayaran dalam talian atau mendapatkan Salinan Bil Cukai Taksiran dengan hadir ke Kaunter Bayaran MDPT yang dibuka dari jam 8.15 pagi hingga 4.00 petang sepanjang tempoh Perintak Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

cabutan bertuah