Piagam Pelanggan Majlis Daerah Perak Tengah
- Proses Kelulusan dan pengeluaran lesen perniagaan tidak berisiko dikeluarkan serta merta.
- Proses pembayaran kepada pembekal / kontraktor melalui pesanan tempatan dalam tempoh 10 hari bekerja.
- Memastikan semua aduan awam diberi maklumbalas dalam tempoh 3 hari bekerja.
- Memberi perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di kawasan pusat bandar, jalan utama dan tiga kali seminggu di kawasan perumahan.
- Melaksanakan kerja-kerja pemotongan rumput dan kerja-kerja pembersihan perparitan sebulan sekali.