Bahasa Melayu | English

Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

Header Image
   
 LOGIN
 NAVIGASI
 KALENDAR

10 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,


        Syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana di atas limpah kurnia dan rahmatNya dapat kita bersua lagi di tahun 2010 ini.
        Majlis Daerah Perak Tengah kini mempunyai tanggungjawab yang semakin mencabar dan penting. Ini kerana masyarakat semakin memahami hak-hak mereka serta peranan yang perlu dimainkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Menyedari hakikat ini MDPT sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk memperbaiki sistem pengurusan dan memacu pembangunan di kawasan Daerah Perak Tengah.


        Sehubungan dengan itu, kami di MDPT sentiasa memikirkan strategi dan inisiatif utk mendekatkan org awam dengan MDPT. Segala usaha yang berkaitan akan cuba diimpelementasi agar suara anda di dengar terus ke peringkat pengurusan. Terbaru MDPT kini telah berada di dalam facebook bagi tujuan memudahkan komunikasi, pengemaskinian status dan aktiviti secara masa nyata seterusnya sebagai satu medium hebahan informasi yang lebih efisyen. Justeru saya menyeru, berikan sokongan anda kepada MDPT dengan mengemukakan sebarang cadangan, aduan, penambahbaikan melalui facebook untuk kebaikan kita bersama.


       Selain itu, sejajar dengan kepesatan teknologi masa kini, MDPT juga menyediakan perkhidmatan mySMS sebagai satu lagi usaha utk mempelbagaikan saluran penyampaian perkhidmatan. Melalui satu nombor tunggal iaitu 15888, orang ramai boleh mendapatkan informasi mengenai cukai taksiran, lesen dan sewaan di samping dapat mengemukakan aduan melalui SMS dengan mudah dan ringkas.


       Akhir kata, saya mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan yang positif daripada orang ramai demi untuk melihat daerah Perak Tengah yang kita sayangi ini akan sentiasa sejahtera, harmonis, aman dan juga damai.


        Sekian, terima kasih.
        Ikhlas daripada,

        Dato' Hasim Bin Haji Hasan,
        DPMP.,PMP.,AMP.,PMC.,PPT.,PJP.
        Yang Dipertua, Majlis Daerah Perak Tengah