Logo ini telah di gunapakai mulai dari tarikh 31 Julai 1981. Logo tersebut digunakan dalam setiap kepala surat, sampul, lakri dan sebagai pengenalan kepada Majlis dalam setiap acara rasmi.

 

Tafsiran Logo.

  • Warna kuning, hitam dan putih melambangkan warna negeri Perak Darul Ridzuan.

  • Objek lima (5) anak panah melambangkan lima (5) objektif jabatan (Perpaduan negara, demokrasi, Kebebasan, Kecekapan Pentadbiran dan Pembangunan Ekonomi dan Sosial)

  • Objek orang (manusia) yang berdampingan di bawah anak panah melambangkan Ahli-ahli Majlis berserta kakitangan Majlis berkerjasama bergerak untuk mencapai objektif jabatan. Ia juga melambangkan Ahli Majlis dan Kakitangan yang berbilang kaum yang sedia berkhidmat.

  • Lambang bunga padi di kanan dan kiri logo mengambarkan pembangunan pesat di daerah Perak Tengah. Padi juga adalah tanaman utama di daerah ini.

  • Tiga lekuk di bahagian bawah logo yang bertulis "BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT" menggambarkan tiga (3) kaum majoriti (Melayu, Cina dan India) di daerah Perak Tengah yang mendapat perkhidmatan dari Majlis.

Pencipta.

  • Encik Mokhsen bin Mat Piah,

     21, Rumah Murah Jalan Jelapang, Ipoh.

     

Rujukan.

  • (5) dlm. MDPT. C11/13 bertarikh  31 Julai 1981

Hubungi Kami

Majlis Daerah Perak Tengah
Kompleks MDPT,
32610 Seri Iskandar, Perak
Tel:05-3712088 /05-3712014 Faks:05-3712089
Emel : admin@mdpt.gov. my