Peta Negeri Perak

Peta Negeri Perak

Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan seluruh Malaysia.

 

Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Parit (LPKT) dan Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar (LLB).

 

Dengan kenaikan taraf Menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan yang tersebut adalah jauh lebih luas iaitu 9308 hektar.  kawasan adoption seluas 5978 hektar sementara kawasan operasi seluas 3330 hektar bagi kawasan-kawasan berikut:-


Kawasan

Keluasan (hektar)

Parit

512

Tanjung Belanja

84

Buluh Akar

32

Bota Kanan

250

Titi Gambong

688

Seri Iskandar

1,430

Kampung Gajah

334

Jumlah

3,330


Kenaikan taraf dan pembesaran kawasan ini adalah merupakan satu perkara yang wajar, kerana dengan cara ini saja segala bentuk kemudahan bandar atau ciri-ciri perbandaran dapat diperkenalkan dan dinikmati di peringkat luar bandar.

 

Pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah juga telah berpindah dari Pekan Parit ke Pusat Pentadbiran Bandar Baru Seri Iskandar pada 14 September 1993. Oleh itu adalah diharapkan pentadbiran ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti.


Hubungi Kami

Majlis Daerah Perak Tengah
Daerah Perak Tengah
Kompleks MDPT,
32610 Seri Iskandar, Perak
Tel:05-3712088 /05-3712014 Faks:05-3712089
Emel : admin@mdpt.gov. my