Bahasa Melayu | English

Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

Header Image
   
 LOGIN
 NAVIGASI
 KALENDAR

09 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini

Pusat Ternakan Tuntung, Bota Kanan.


Tuntung

  • Pusat ini terletak di Kampung Bota Kanan dalam daerah Perak Tengah, 50km dari barat daya Ipoh.

  • Ianya terletak berhampiran dengan tebing sebelah kanan Sungai Perak, meliputi kawasan berpasir dengan keluasan lebih satu hektar.

  • Pusat ternakan tuntung ini diwujudkan bagi mengatasi masalah kepupusan binatang berkenaan di samping bertindak untuk memulihara ekosistem tuntung.

  • Kompleks berkenaan dilengkapi pelbagai kemudahan dalam usaha memelihara spesies berkenaan seperti kolam pemeliharaan ibu tuntung, pusat penetasan serta bilik pameran.

  • Pusat ini terdiri daripada sebuah bangunan pentadbiran yang mempunyai pejabat, bilik kuliah, makmal dan ruang legar untuk pameran.

  • Terdapat juga 4 buah kolam ibu, sebuah kolam anak dan tapak penetasan di sekitar kawasan pusat ini untuk menempatkan tuntung dewasa bertelur, anak-anak tuntung yang baru menetas dan untuk proses pengeraman telur-telur tuntung.

  • Selain berupaya menjadi aset pelancongan popular, kompleks berkenaan penting terutama bagi generasi muda mengenali dan menjalankan kajian mengenai tuntung.

Industri Pasu / Labu Tanah, Kg. Tg. Bidara & Kg. Gajah.


 Labu Tanah

  • Kampung Tanjung Bidara, Kg. Gajah terkenal dengan perusahaan labu dan pasu yang diperbuat daripada tanah.

  • Labu dan pasu ini merupakan hasil seni kraftangan yang diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupabentuk yang sungguh berseni dan unik.

  • Berikut merupakan pengusaha yang menjalankan perindustrian labu di perak tengah:-

No

Nama dan Alamat

No. Telefon

1.

ABDUL AZIZ B YAHYA KG TANJUNG BIDARA,36800 KG GAJAH,Perak

05-6311654

2.

KOPERASI INDUSTRI KG TG BIDARA,KAMPUNG TANJUNG BIDARA, PULAU 3,36800 KAMPUNG GAJAH,PERAK

05-6311078

3.

HAJAH AINON BT HASSAN
KOPERASI INDUSTRI KAMPUNG,
TANJUNG BIDARA, PULAU TIGA
36800 KG GAJAH,PERAK

05-6311514