Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil.936 bertarikh 20 November, 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia. Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu :

  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan di Parit
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar.

Dengan kenaikan taraf Menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan tersebut adalah jauh lebih luas iaitu 9308 hektar.

  • Kawasan adoption seluas 5978 hektar
  • Kawasan operasi seluas 3330 hektar

Kawasan jajahan Majlis Daerah Perak Tengah :

  • Parit
  • Kampung Buluh Akar
  • Tanjung Belanja
  • Bota Kanan
  • Seri Iskandar
  • Titi Gantung
  • Kampung Gajah

Sebelum 1979 , daerah kecil Parit dalam Daerah Kuala Kangsar dan Kampung Gajah dalam Daerah Hilir Perak. Perak Tengah bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar sebelah selatan, Daerah sebelah Timur dan Daerah Manjong sebelah barat. Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar (1282.05km) persegi yang merangkumi 11 buah mukim. Daerah ini terletak di bahagian tengah Negeri Perak. Bentuknya memanjang dari Utara ke Selatan dengan Sungai Perak mengalir di bahagian tengah membahagikan kepada dua bahagian kanan dan kiri.


Hubungi Kami

Majlis Daerah Perak Tengah
Daerah Perak Tengah
Kompleks MDPT,
32610 Seri Iskandar, Perak
Tel:05-3712088 /05-3712014 Faks:05-3712089
Emel : admin@mdpt.gov. my