Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Objektif, Visi & Misi

Latar Belakang

Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan seluruh Malaysia.

Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Parit (LPKT) dan Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar (LLB).

Dengan kenaikan taraf Menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan yang tersebut adalah jauh lebih luas iaitu 9308 hektar.  kawasan adoption seluas 5978 hektar sementara kawasan operasi seluas 3330 hektar bagi kawasan-kawasan berikut:-

Kawasan

Keluasan (hektar)

Parit

512

Tanjung Belanja

84

Buluh Akar

32

Bota Kanan

250

Titi Gambong

688

Seri Iskandar

1,430

Kampung Gajah

334

Jumlah

3,330

Kenaikan taraf dan pembesaran kawasan ini adalah merupakan satu perkara yang wajar, kerana dengan cara ini saja segala bentuk kemudahan bandar atau ciri-ciri perbandaran dapat diperkenalkan dan dinikmati di peringkat luar bandar.

Pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah juga telah berpindah dari Pekan Parit ke Pusat Pentadbiran Bandar Baru Seri Iskandar pada 14 September 1993. Oleh itu adalah diharapkan pentadbiran ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti.

Visi

Menjadi PBT terunggul berteraskan Perbandaran Bestari

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan efisyen dengan berteraskan kepada urustadbir yang berintegriti.
  • Mewujudkan perbandaran dan persekitaran yang mampan, dinamik, kondusif dan berdaya saing.
  • Mempelbagaikan sumber hasil untuk memantapkan urustadbir dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Objektif

  • Merealisasikan perbandaran beridentiti melalui jalinan kerjasama dan perkongsian pintar.

  • Merancang dan melaksana perkhidmatan yang berkualiti, proaktif dan realistik ke arah persekitaran perbandaran yang harmoni.

  • Melaksana dan menguatkuasa pembangunan mengikut polisi dan garis panduan yang ditetapkan.

  • Menambahbaik dan memperkukuhkan peupayaan organisasi untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

  • Utama
  • Maklumat Korporat
  • Objektif, Visi & Misi
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 19/03/24 • Jumlah Pelawat : 21286957