Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Jabatan Perbendaharaan dan Unit Letak Kereta

Jabatan yang bertanggungjawab bagi segala urusan kewangan dan perakaunan Majlis Daerah Perak Tengah yang meliputi aspek kutipan hasil, perbelanjaan, belanjawan dan perakauan. Menguruskan kewangan Majlis dan bertanggungjawab memastikan semua kutipan hasil dan perbelanjaan Majlis direkodkan serta dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan, Akta Acara Kewangan.

FUNGSI JABATAN

  • Melaksanakan kutipan hasil dan pembayaran serta mengakaunkan hasil dan perbelanjaan mengikut peraturan kewangan dan perakaunan.

  • Menyelenggarakan akaun dan rekod dengan lengkap dan kemaskini bagi pengurusan kewangan dan tujuan pengauditan.
  • Melaksanakan Sistem Epbt, Sistem Aset dan Sistem Pengurusan Stok.
  • Menguruskan penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan.
  • Menguruskan Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan.
  • Menguruskan proses perolehan pembelian bekalan
  • Menguruskan pengurusan aset dan inventori Majlis meliputi pendaftaran, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan dan kehilangan

Unit Letak Kereta

Unit yang bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan tempat meletak kereta dalam kawasan Bandar Seri Iskandar, Majlis Daerah Perak Tengah.
  • Memastikan perkhidmatan letak kereta di Bandar Seri Iskandar tersusun dan memenuhi keperluan pelanggan.
  • Memudahkan orang ramai meletak kenderaan secara tersusun untuk mewujudkan keselesaan dan kemudahan orang ramai.
  • Mewujudkan persekitaran Bandar Seri Iskandar yang tersusun, terancang melalui perkhidmatan letak kereta yang bersistemetik, cekap dan efektif agar tidak mengganggu lalulintas.
  • Utama
  • Jabatan Perbendaharaan
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 05/04/24 • Jumlah Pelawat : 21286959