Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Jabatan Kejuruteraan dan Penyelengaraan

Merupakan salah satu daripada Jabatan yang terpenting di pentadbiran ini. Tanggungjawab dan peranan Jabatan ini bertambah penting dengan wujudnya pertambahan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Perak Tengah seperti di Seri Iskandar, Parit, Bota, Titi Gantung dan Kampong Gajah. Jabatan ini mula di tubuhkan sejak tahun 1998. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Unit Perancang dan Bangunan sahaja

FUNGSI JABATAN

  • Memastikan semua pembangunan yang dilaksanakan mengikut dasar-dasar semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan.

  • Merancang dan melaksanakan semua projek pembangunan di kawasan Majlis untuk kesejahteraan dan pembangunan sosio-ekonomi penduduk tempatan. Diantara projek pembangunan yang dilaksanakan ialah:

    a.Infrastruktur ( Jalan, longkang, lampu jalan)
    b.Sosio-ekonomi ( Pasar, Gerai, Kompleks Niaga, Bengkel)
    c.Kemudahan Sosial (Stesen Bas, Kemudahan Rekreasi, Alat permainan)
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan ke atas premis-premis milik Majlis serta infrastruktur dan kelengkapan kemudahan awam.
  • Mendaftar dan merekod semua jalan-jalan bari di kawasan Majlis untuk dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya bagi mendapatkan peruntukan MARRIS ( Geran Senggaraan Jalan)
  • Memberi ulasan dan menyediakan laporan untuk kelulusan bagi permohonan Pelan Keja Tanah/ Pelan Jalan dna Perparitan kepada Jabatan Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Perak Tengah
  • Utama
  • Jabatan Khidmat Kejuruteraan
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 20/03/24 • Jumlah Pelawat : 21286968