ADUAN KACAU GANGGU

 

  • Pada 2-8-2011 pihak MDPT telah menerima aduan daripada penduduk di Jalan Lakeville Bandar Universiti berkenaan kacau ganggu yang wujud di dalam longkang. Terdapat pemilik kediaman yang mengalirkan sisa domestik terus ke dalam longkang. Sehubungan itu, pada 3-8-2011, unit penguatkuasa bersama unit kesihatan MDPT telah membuat sisatan dan didapati aduan benar. Satu notis kesalahan telah dikeluarkan kepada pemilik kediaman terlibat mengikut Seksyen 81(g) Akta Kerajaan Tempatan 1971.

 

ADUAN PERKHIDMATAN KUTIPAN SAMPAH

 

  • Pada 18-8-2011, pihak MDPT telah menerima aduan daripada Penduduk di Taman Iskandar Perdana berkenaan tong sampah yang tidak diletakkan semula di tempat asal. Pihak konsesi yang membuat kutipan meletakkan tong di tepi-tepi jalan sehingga menyusahkan pemilik kediaman. Sehubungan itu, pada 22-8-2011, Unit Kesihatan MDPT telah menjalankan siasatan dan diadapati aduan tidak benar. Tong-tong sampah diletakkan semula di tempat asal selepas kutipan dibuat.

 

 

  • Pada 5-8-2011, pihak MDPT telah menerima aduan daripada penduduk di Taman Iskandar Perdana  berkenaan kontraktor yang membuat kutipan sampah dengan tidak memuaskan. Kontraktor menekan air dari lori di hadapan kediaman penduduk. Ini menyebabkan sisa makanan bertaburan dan menyebabkan lalat dan bau busuk. Pada 6-8-2011, Unit Kesihatan MDPT telah menjalankan siasatan dan didapati aduan benar. Sehubungan itu pihak MDPT akan mengambil tindakan dengan membuat potongan bayaran kepada pihak kontraktor.

 

ADUAN KEMUDAHAN AWAM

 

  • Pada 10-8-2011, pihak MDPT telah menerima aduan daripada peniaga Bazar Ramadhan di Seri Iskandar berkenaan tandas awam yang berdekatan lokasi bazaar berkunci. Sehubungan itu, pihak MDPT telah mengambil maklum akan perkara ini dan tandas tersebut telah pun dibuka semula pada hari yang sama.

 

  • Pada 19-8-2011, pihak MDPT telah menerima aduan daripada seorang penduduk berkenaan jam besar di Pekan Parit yang sudah lama tidak dibaiki dan rosak. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan MDPT tidak dapat menyelesaikan aduan tersebut kerana tiada individu/syarikat yang mampu untuk membaiki jam berkenaan. Pihak MDPT sendiri telah beberapa kali mengupah beberapa pihak untuk membuat pembaikan namun masih gagal. Pihak MDPT bersedia menerima mana-mana tawaran daripada sesiapa sahaja untuk membaiki jam tersebut.

Hubungi Kami

Majlis Daerah Perak Tengah
Daerah Perak Tengah
Kompleks MDPT,
32610 Seri Iskandar, Perak
Tel:05-3712088 /05-3712014 Faks:05-3712089
Emel : admin@mdpt.gov. my