MENU

Pada 10 Nov 2019, Majlis Daerah Perak Tengah telah mencatat sejarah apabila diumumkan sebagai Johan bagi Anugerah Kejiranan Hijau Kategori Perumahan Bertanah. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama strategik bersama komuniti yang dicalonkan iaitu Taman Lakeville dan Masjid Bandar Universiti, Seri Iskandar.

Anugerah disampaikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor bersama YB Menteri Wilayah Persekutuan dalam Majlis Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 yang telah berlangsung di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.

Sekalung Tahniah diucapkan.

anugerah kejiranan hijau