Dokumen Sokongan
Berikut merupakan syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan :-
| PERMOHONAN LESEN KOMPOSIT | |
| Bil | Dokumen Yang Diperlukan |
| 1 | Salinan Memorandum dan Article Persatuan bagi Syarikat dan Borang 49 mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 965 ATAU Borang A/B/D Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956 yang disahkan. |
| 2 | Salinan Surat Perjanjian atau lain-lain dokumen berkaitan penyewaan tanah dan bangunan. |
| 3 | Salinan geran tanah atau Lesen Menduduki Sementara (T.O.L) |
| 4 | Salinan Sah Sijil Kelayakan Menduduki bangunan bagi bangunan baru |
| 5 | 1 salinan permit bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (jika bangunan sementara) |
| 6 | 1 salinan contoh visual iklan/rekabentuk berwarna iklan (bagi billboard/papan iklan langit yang disahkan oleh Jurutera Awam/Struktur) |
| 7 | Salinan cukai taksiran terakhir yang telah dijelaskan |
| 8 | 1 salinan kad pengenalan |
| 9 | 3 salinan pelan lokasi perniagaan (mengikut jenis perniagaan) |
| 10 | 3 salinan pelan lantai setiap jenis perniagaan |
| 11 | 2 keping gambar berwarna berukuran pasport |
| PERMOHONAN LESEN KOMPOSIT PENJAJA | |
| Bil | Dokumen Yang Diperlukan |
| 1 | 1 salinan kad pengenalan |
| 2 | 2 keping gambar berukuran passport |
| 3 | 1 salinan hak milik kenderaan yang digunakan (perlu disahkan) |
| 4 | 1 salinan surat tamat perkhidmatan |
| 5 | 1 salinan lakaran iklan |
| 6 | 1 salinan surat tawaran gerai |
| Pemohon yang memohon Lesen Perniagaan Pasar Malam/Harian dikehendaki mendapatkan tandatangan dan cop atau surat pengesahan daripada pihak penganjur. | |
| Permohonan Lesen Gerai Tepi Jalan hendaklah mengemukakan: | |
| 7 | Pelan Lakar |
| 8 | Pelan Tapak Gerai |
| 9 | 1 salinan Geran Tanah sekiranya tanah milik sendiri |
| 10 | Surat kebenaran dari tuan punya tanah atau pemunya bangunan/Lesen Menduduki Sementara |






















