2011 2010 2009 2008

 

 

Tahun 2011

 

Pasukan Bola Sepak Majlis Daerah Perak Tengah telah berjaya merangkul gelaran johan dalam Pertandingan Liga Bola Sepak 2011 anjuran Piala Persatuan Bola Sepak Perak Tengah, Parit yang telah diadakan pada 18 November 2011 lalu. Pasukan MDPT telah menerima hadiah berupa wang tunai RM2500 beserta piala kejohanan yang telah disampaikan oleh ADUN Kawasan Belanja iaitu YB Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pemain MDPT yang mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan tersebut.


  Pada 1 hingga 3 April 2011, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menganjurkan Kejohanan Sukan Antara Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak Tahun 2011. Sebanyak 15 PBT telah mengambil bahagian dalam 6 acara sukan yang dipertandingkan iaitu Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Jaring, Karom, Dart dan Ping Pong. Kontinjen dari MDPT turut tidak ketinggalan menyertai Kejohanan Sukan ini yang berlangsung di sekitar Daerah Manjung.

 

Klik DISINI untuk keputusan Keseluruhan Kejohanan.

 

Klik DISINI untuk keputusan Pingat & Mata

 


OPS Lesen

 

Jabatan Kesihatan dan Pelesenan Majlis Daerah Perak Tengah sedang menjalankan 'OPS Lesen' di sekitar Daerah Perak Tengah. Justeru itu, semua peniaga perlu memastikan lesen perniagaan Majlis Daerah Perak Tengah telah dikemaskini. Peniaga yang tidak mempunyai lesen perlu memohon lesen perniagaan di Kaunter Ekspres Majlis Daerah Perak Tengah. Peniaga yang didapati berniaga tanpa lesen akan dikenakan tindakan yang sewajarnya.


Jamuan Hari Raya Daerah Perak Tengah

 

Pada 23 September 2011 bermula jam 2.30 petang telah berlangsungya jamuan hari raya bagi Daerah Perak Tengah bertempat di kediaman rasmi Pegawai Daerah Perak Tengah. Kakitangan dari pelbagai agensi kerajaan di daerah Perak Tengah bersama-sama penduduk Daerah Perak Tengah beramai-ramai hadir bagi memeriahkan Program Jamuan Hari Raya ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini.


Hubungi Kami

Majlis Daerah Perak Tengah
Kompleks MDPT,
32610 Seri Iskandar, Perak
Tel:05-3712088 /05-3712014 Faks:05-3712089
Emel : admin@mdpt.gov. my