Program Gotong-Royong Pasca Banjir peringkat Daerah Perak Tengah.

Pada 10 Januari 2015 telah berlangsungnya Program Gotong-Royong Pasca Banjir peringkat Daerah Perak Tengah. Semua sukarelawan telah diminta berkumpul di SMK Lambor Kanan pada jam 8.30 pagi. Program gotong royong ini telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan disertai oleh sukarelawan dari pelbagai jabatan termasuk Sukarelawan dari Majlis Daerah Perak Tengah. Antara aktiviti utama adalah membersihkan kawasan luaran dan dalaman rumah penduduk kampung yang terjejas akibat banjir di sekitar kawasan tersebut. Syabas diucapkan kepada semua sukarelawan yang telah membantu meringankan beban mereka yang ditimpa musibah. Program gotong royong ini akan diteruskan dari masa ke semasa.



Hubungi Kami

Majlis Daerah Perak Tengah
Kompleks MDPT,
32610 Seri Iskandar, Perak
Tel:05-3712088 /05-3712014 Faks:05-3712089
Emel : admin@mdpt.gov. my