Pertandingan Boling Kakitangan MDPT bersama pengurusan tertinggi dan Ahli Majlis.

Pada 5 Disember 2014 telah diadakan Pertandingan Boling di antara kakitangan MDPT bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade. Antara matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara kakitangan MDPT, pengurusan tertinggi dan Ahli Majlis. Pertandingan turut diserikan dengan kehadiran YDP, Tuan Haji Mad Dan bin Hassan yang turut serta sebagai peserta pertandingan. Pertandingan bermula pada jam 8.30 malam dan berlangsung selama hampir 2 jam. Johan bagi Kategori lelaki diungguli oleh En Rasidi Bin Dahaman manakalan kategori wanita telah diungguli oleh Puan Idasuryani. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberi komitmen terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.



Hubungi Kami

Majlis Daerah Perak Tengah
Kompleks MDPT,
32610 Seri Iskandar, Perak
Tel:05-3712088 /05-3712014 Faks:05-3712089
Emel : admin@mdpt.gov. my