Kejohanan Sukan Persahabatan antara Kelab Sukan MDPT dan Kelab Sukan dan Rekreasi Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Perak telah berlangsung pada 19 dan 20 Februari 2010 bertempat di Ampang Superbowl, Ipoh Parade untuk pertandingan boling dan Kompleks Sukan MBI untuk pertandingan pingpong dan badminton. Semua peserta kejohanan terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Perak Tengah dan Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Perak. Majlis penutup kejohonan telah di adakan di Hotel Tower Regency, Ipoh. Secara keseluruhannya kejohanan telah di menangi oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK Perak dengan keputusan 2-1. Acara yang dimenangi oleh KRSKT adalah pertandingan bowling dan ping pong manakala MDPT telah memenangi pertandingan badminton. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan yang diadakan
Klik DI SINI untuk melihat lagi gambar di sekitar kejohanan tersebut.