Program Hari Keluarga Majlis Daerah Perak Tengah.

Pada 14 Februari 2015, Majlis Daerah Perak Tengah telah mengadakan Hari Keluarga dengan pengisian program Sukaneka dan Majlis Makan Malam. Acara Sukaneka telah diadakan pada sebelah pagi diikuti Majlis Makan Malam pada sebelah malamnya. Program sukaneka telah dimulakan dengan acara senamrobik diikuti acara untuk kanak-kanak, dewasa lelaki dan perempuan dan acara berpasangan. Majlis berakhir kira-kira jam 12 tengahari. Pada sebelah malamnya pula Majlis Makan Malam telah diadakan di Ballroom D'Hotel Seri Iskandar. Penyampaian hadiah kepada pesara MDPT, penerima anugerah anak dan ahli cemerlang beserta beberapa anugerah sukan telah disampaikan pada malam tersebut. Selain itu beberapa acara seperti Pertandingan Raja Lawak dan Pertandingan Pakaian Beragam telah diadakan. Tahniah diucapkan kepada semua AJK Kelab Sukan & Rekreasi yang telah memberi komitmen terbaik untuk menjayakan kedua-dua program ini.



Hubungi Kami

Majlis Daerah Perak Tengah
Kompleks MDPT,
32610 Seri Iskandar, Perak
Tel:05-3712088 /05-3712014 Faks:05-3712089
Emel : admin@mdpt.gov. my