| 2013 | 2011 | 2010 |
Tahun 2011
Perhimpunan Pagi dan Tazkirah
Pada 29 Julai 2011, satu program perhimpunan pagi dan tazkirah sempena menyambut bulan Ramadhan telah diadakan untuk kakitangan Majlis Daerah Perak Tengah. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan dimulai dengan ucapan dari Tuan Setiausaha. Seterusnya Ceramah bertajuk Persiapan Menghadapi Ramadhan telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Imam Muda Hasan, juara Imam Muda musim ke-2. Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi. Diharapkan semua kakitangan mendapat manfaat atas apa yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan.
Majlis Maulidur Rasul
Orang Besar Jajahan Perak Tengah, Yg. Bhg. Dato'' Seri Haji Mohd Ghazali bin Haji Abd Rahman akan merasmikan majlis sempena Majlis Maulidur Rasul Peringkat Daerah Perak Tengah 1432/2011 bertempat di Masjid Daerah Perak Tengah, Masjid Sultan Izzudin Shah, Bandar Baru Seri Iskandar, Perak yang akan diadakan pada 25 Mac 2011 (Jumaat) jam 8.45 malam.
Perhimpunan Pagi Dan Gotong-Royong
Pada 25/3/2011 telah diadakan program perhimpunan pagi yang melibatkan semua kakitangan Majlis Daerah Perak Tengah. Program ini telah dimulakan dengan kawad kaki yang diketuai oleh ketua penguatkuasa iaitu En Imaduddin Bin Arif. Skuad MDPT kemudiannya berkawad sehingga ke tapak perhimpunan dan mendengar taklimat dari Yang Berusaha Tuan Yang Dipertua, Tuan Haji Mohd Roslan bin Mat Lodin. Seterusnya kakitangan MDPT melakukan senaman aerobik dan menarikan tarian poco-poco dengan diketuai oleh Puan Zaitun Bt Ismail. Setelah selesai beraerobik, kakitangan diberi peluang menjamu selera sebelum program seterusnya dijalankan iaitu acara menanam pokok. Tuan Yang Dipertua turut menyumbang tenaga dengan menanam pokok yang disediakan. Program berakhir kira-kira jam 10.30 pagi.






















